Jumaat, 13 November 2009

C.I.N.T.A = UNTUK APA??

Firstly aku nak minta maaf banyak-banyak lau ada perkara yang menyakitkan hati sape-sape sepanjang aku tulis catatan nie..bukan sekadar hiburan tapi kenyataan yang aku terpaksa hadapi selama 20 tahun aku hidup..Thank GOD i still can breathe and walk in this world..kalau tak aku memang dah arwah lau aku tak boleh tahan dengan seksa nie..


"Soalan yang biasa aku dengar : AWEK KO MANE??

Jawapan aku : MANA ADE.."


Simple..20 tahun aku hidup memang aku tak pernah ade orang yang paling istimewa dalam hidup..TAK PERNAH..kalau korang fikir hidup aku bergantung pada kawan dan family = THAT'S WRONG..hidup aku hanya bergantung pada masa silam aku yang penuh dengan kesedihan..kepedihan..kesengsaraan..dan Tuhan je yang tahu betapa seksa aku hidup dengan benda nie sume..10% kegembiraan je dalam hidup aku...THAT'S Go0oD..but wat about the rest??..maybe lau sape yang first time jumpe aku mungkin diorang akan fikir aku nie bese-bese je..happy..suka gelak..enjoyable..and lepas da kamcing diorang hidup aku lagi best daripada diorang..itu pendapat masing-masing..aku tak kisah la ape diorang nak fikir..tapi kalau diorang nak jadi aku..aku boleh bet diorang skang akan duk kat GOTHAM ASYLUM (tempat orang gila je boleh tinggal)..tapi diorang beruntung sebab diorang bukan aku..boleh teruskan hidup macam biasa..nak tahu kenapa??..sebab aku seorang yang suka pendam perasaan..yes..itu memang aku..tak kira la kalau aku suka kat perempuan ke..marah ke..benci ke..mengamuk ke..sakit ke..rasa nak mati ke..memang aku simpan je dalam hati dan aku bukan orang yang suka berterus terang..kecuali 1 perasaan je yang aku boleh expresikan = GEMBIRA..aku akan cuba akan senyum untuk menipu diri aku..aku sememangnya akan bertahan setahan-tahannya..kalau aku luahkan isihati aku kepada perempuan dan jawapannya lain dari yang aku harapkan..aku sememangnya akan kecewa..kecewa yang tahap nak mati..aku akan cuba tahan, diam, tenang seketika..dan cuba gelak sebelum air dari mata aku keluar..lepas tue aku akan ubah topik lain plak..tapi ia tak berakhir macam tue je..aku akan terseksa setiap kali teringat bende tue..sampai bende tu hilang..tapi tak semudah korang makan hempedu yang pahit n then ko buang trus dalam tong sampah..ingatan aku terhadap bende tu memang kuat sampaikan walau 5 tahun bende tu da berlalu..aku memang tak percaya pada perkataan "LET BY GONE BE BY GONE"..sebab bende tu akan slalu datang untuk menyeksa aku..aku memang takkan lupa sampai aku mati..sebab benda tu lah punca yang menyokong aku untuk hidup selain tuhan..KAWAN..ape yang korang tau??..kawan saat kita blajar??..tido??..lepak??..happy??..enjoy??..shopping??..karaoke??..sedey??..aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk hidup kawan-kawan aku..tapi..adakalanya aku terlalu bodoh untuk memuaskan hati mereka..dan siapa pula yang akan memuaskan hati aku??..yang aku boleh hadap cume la kesakitan aku semata-mata..aku hanya merana sedangkan mereka puas dapat ape yang mereka nak..aku seorang yang terpaksa mengalah dalam macam2 hal..tak kira dengan family aku yang lebihkan adik aku dan kawan yang kadang-kadang fikir aku nie pembawa masalah..agaknya kedudukan aku bukanlah di tengah-tengah bilik yang dikerumuni orang..tapi letaknya aku adalah disudut penjuru kecil yang gelap..menghantukkan kepala ke dinding sampai mati..dan apabila aku mati mungkin baru mereka yang ditengah itu perasan hilangnya aku di penjuru itu..menangis??..aku nak menangis cam ne lagi??..memang tiap kali teringat aku memang menangis..cuma aku tak nk tunjuk kat orang lain..biar orang lain ingt aku nie macam badut..aku lebih suka macam tue..asalkan diorang bahagia aku pn bahagia..walaupun pahit untuk ditelan..kalau korang tengok aku kuar dengan orang yang lawa..sume akan ingat itu awek aku..tapi bukan..diorang cume nak perhatian aku je..ajak tengok wayang..jalan-jalan..dan aku sememangnya baik sehinggakan aku pernah beli teddybear yang harga RM100 dan bagi macam tu je kat dia..sampai aku tau yang dia sebenarnya dia dah ade pakwe..tapi aku jenis marah sekejap..kalau diorang call atau message aku ckp ayat-ayat manja confirm aku leh cair balik..aku cuma lah boneka yang boleh dipakai mana-mana org..datang dan pergi..dan kemudian datang kembali..dan pergi skali lagi..tanpa akhirnya..aku sememangnya sanggup buat apa saja untuk perempuan..tapi tulah..aku yang jadi mangsa..dan aku tak bisa untuk hentikan..atas ape yang mereka lakukan kepada aku..aku hanya boleh hentikan jika aku bertemu 'DIA'..tapi tak tahu lah bila..sampai bila..aku pn tak tau..dan aku redha yang sememangnya hidup aku bukan bersama 'MEREKA'..dan aku tahu tuhan akan beri yang paling istimewa antara 'MEREKA'..Buat masa sekarang aku terpaksa bertahan untuk sebaik mungkin kerana aku dapat tau yang Z*ll*k* dah dapat kembali ex-bf nya kembali..gud luck for both of you..hopefully this time u all will stick together forever..make it as a promise.. XD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan